Wednesday, December 9, 2009

Do You Know Linda Ali?



Ini adalah petikan dari percakapan kecil di antara saya dengan dia. Coba lah selami nilai-nilai murni yang dapat kiranya diambil dari cerita ini ya.



Dia: Ohh...mengajar. Cikgu la ni? Mengajar sekolah rendah ke menengah?

Saya: Saya mengajar di UPM.

Dia: Eh? Dalam UPM ada sekolah eh?

Saya: Aak? (Sambil segera tersenyum sopan) Tak...saya mengajar students UPM.

Dia: Ohhh ok...UPM Serdang ke?

Saya: (Dah mula rasa tak berapa bahagia di saat ini sambil tercari-cari jawapan yang berpatutan)

Dia: Ha, kalau UPM, awak kenal tak Linda Ali? Sepupu saya tu. Dia kerja situ jugak, suami dia orang Melaka.

Saya: Linda Ali? (Mencuba juga sedaya upaya untuk kenal itu orang). Dia di Fakulti mana ya?

Dia: Tak tau la Fakulti mana. Tapi rasanya kerja pejabat la. Tak kenal?

...


Hampir-hampir saya merasa kekurangan gara-gara tidak mengenali akan sepupu Cik Polan itu. :(


2 comments:

Wiz said...

Oh Mas, I get that alllllllllllll the time! If you are in UKM you are supposed to know everyone in UKM, if you are in UNITEN you are supposed to be acquainted with everyone there too. Bersalahnya saya sebab tak mengenali semua orang dan bersalah juga anda kerana tidak mengenali Si Linda Ali kah kah kah.

Enida said...

KaCher,
I think lepas ni kalau ada orang tanya soalan "Oh kalau keje kat situ, kenal tak Polan bin Bolen? Isteri dia keje kat kilang baju.", kita bagi jawapan standard: "Ahhh kejap, saya Google nama dia." or "Polan Bolen tu ada Facebook tak?"

Kalau nama dia tak keluar on Google search or kalau orang tu tak de Facebook, cakap je tak kenal sebab tak masuk book.

Banyaklah dia punya sepupu!